Jom Bina Kejayaan Bersama Kami!


Utophia Global Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perkongsian yang diasaskan oleh dua orang rakan kongsi, iaitu Abdul Halim Bin Abdul Azis dan Junainah Binti AB Rahman.
Syarikat Utophia Global Marketing Sdn Bhd khususnya terlibat dalam perniagaan di bidang networking dan trading, dengan tujuan membuka peluang kepada ahli-ahli syarikat untuk menjana pendapatan, sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa.
Secara keseluruhannya, syarikat ini mempunyai potensi untuk berkembang kerana permintaan terhadap produk-produk kesihatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dengan penubuhan syarikat Utophia Global Marketing Sdn Bhd, sumbangan positif terhadap perkembangan ekonomi negara dapat dicapai secara langsung.
Misi Syarikat
"Mewujudkan satu platform yang melahirkan individu untuk mengubah pendapatan mereka dari biasa-biasa menjadi luar biasa. Kami berkomitmen memberikan peluang kepada semua orang untuk mengubah kehidupan, kesihatan, sosiol-ekonomi, ilmu, dan sahsiah diri mereka. Dengan ini, kami berkhidmat kepada masyarakat secara lebih baik."
Visi Syarikat
“Menjadi pemimpin dan syarikat rangkaian terunggul di persada dunia serta menjadi pelopor dalam produk-produk bioteknologi melalui hasil kajian dan keluaran UTOPHIA GLOBAL MARKETING SDN BHD.”
Motto Syarikat
“Kejayaan Anda Adalah Keutamaan Kami !!!”
Apa itu Utophia?
Utophia (utopia) - sebuah pertubuhan komuniti/kelompok/masyarakat yang memiliki pemikiran sehaluan untuk menjadi yang terbaik dan lebih baik. Inilah yang syarikat ingin laksanakan, agak mustahil untuk menjadi 100% akan tetapi syarikat inginkan ianya di realisasikan bersama-sama dengan pejuang Utophia untuk kita ke arah yang lebih baik dan berjaya!.
Maksud Huruf "Utophia"
